June 23, 2013

Tips SEO Untuk Blogger Baru

Tips SEO untuk Blogger baru atau Newbie ini sebenarnya asas SEO yang sesuai untuk sesiapa sahaja yang mempunyai blog atau website. Aku cuma tujukan kepada blogger baru sebabnya aku beranggapan blogger lama dah hebat dah dalam hal-hal ni. Jadi mari kita lihat sedikit perkara yang perlu diambil berat untuk menambah potensi blog kita untuk hadir dalam muka pertama enjin carian Google.

1. Peranan Tajuk, Nama Domain dan Penerangan (Description).

Seperti yang dinyatakan oleh Search Quality Strategist, Google ni tiga aspek yang dilihat di sini ialah tajuk , url domain dan juga penerangan carian (search description). Jadi, bagi blogger yang baru bermula dengan blog masing-masing tu, sila lihat aspek-aspek ini, adalah blog anda menepatinya atau tidak?

2. Optimumkan Penggunaan Imej

Okey, bahagian ini aku pun kadang-kadang terlupa nak buat lagi-lagi masa malas tu membuak-buak. Imej sebenarnya membantu penulisan kita lebih menarik, boleh membantu menerangkan apa yang ditulis dan sebagainya. Jadi bagaimana caranya nak bagi robot google ni faham imej apa yang kita letak dalam post kita tu. Untuk makluman, robot google ni tiada mata, jadi robot ni tidak tahu sama ada gambar tu cantik atau tidak.

Robot google ini hanya tahu imej itu mengenai apa, hanya dengan penggunaan :

1) Nama file gambar tersebut. Letak siap-siap nama gambar yang berkaitan dengan entri korang.
Contohnya, kalau entri pasal SEO, maka namakanlah file gambar tu dengan nama ” SEO” juga atau apa-apa asalkan berkaitan.

2) Letak “alt” attribute pada gambar tersebut. Untuk pengguna blogspot aku ada tunjukkan cara dalam entri SEO dalam blogspot ni. Sila rujuk kalau tidak tahu. “Alt” attribute ini menerangkan kepada robot Google tentang gambar itu mengenai apa.

Dua perkara ini penting sebabnya imej juga boleh menyumbang trafik kepada blog kita.

Yang mengenai “caption” pada gambar tu aku pun jarang letak, kalau letak pun kredit dari mana gambar tu aku ambil. Boleh cuba la lepas ni.

3. Kemaskini (update) Blog

Akhir sekali, rajin-rajin la mengemas kini blog korang. Okey, baca apa yang dikatakan dalam gambar tu. Kenapa semua orang asyik bercakap mengenai google sahaja? Boleh lihat statistik trafik yang datang dari Google dalam entri ini.

Inilah sedikit sebanyak tips SEO yang aku dapat kongsikan kali ini, kalau ada nak tanya apa-apa yang tak faham, sila tanya diruangan komen, kalau aku tahu aku jawab, kalau aku tak tahu mungkin orang lain boleh tolong jawabkan..hehe