June 23, 2013

Seniman S Shamsudin Meninggal Dunia

Al-Fatihah dan takziah buat keluarga seniman S Shamsudin. Beliau meninggal di kediamannya di Singapura. Menurut anaknya, seniman S Shamsudin atau dikenali sebagai Sudin, 84 meninggal dunia jam 10.56 pagi di rumahnya di Bukit Batok, Jurong, Singapura.

Allahyarham yang dilahirkan pada 1 jan 1929 di Pasir Panjang, Singapura merupakan pelakon komedi seangkatan dengan seniman agung Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Datuk Aziz Satar. Gandingan mereka bertiga dalam beberapa filem antaranya filem Seniman Bujang Lapok, Pendekar Bujang Lapok, Nasib Labu Labi, Nujum Pak Belalang senantiasa mencuit hati dan evergreen.

Semoga Allah mecucuri rahmat atas roh beliau.