June 23, 2013

Penulis Jemputan

Penulis jemputan merupakan salah satu cabang dalam dunia blogging ini. Penulis jemputan akan menyumbang artikel kepada sesuatu blog bukan milik mereka. Kalau yang masih baru dalam dunia blog ni mesti tertanya-tanya apa yang hendak ditulis? Dulu pun Hj Amir (Pemilik Denaihati) juga pernah jemput aku menulis sebagai penulis jemputan. Aku sebenarnya agak blur apa yang perlu ditulis sebenarnya? (Pada masa itu aku masih baru dalam dunia blog ni). Aku hanya menulis review mengenai blog ini sahaja.

Memang boleh dan tidak menjadi masalah. Cuma yang terbaik adalah kita menyumbang artikel yang memberi manfaat kepada pembaca blog tersebut dan secara tidak langsung memperkenalkan blog kita kepada pembaca blog tuan rumah itu. Cuba kita bayangkan, kalau kita menyumbang satu artikel yang sangat berguna, banyak info dan menarik minat pembaca blog tersebut, pembaca akan tertanya-tanya siapakah penulis jemputan ini? Rasa ingin kenal dan ingin tahu akan lahir dalam diri mereka dan mereka akan pergi lebih jauh. Mungkin klik kepada link blog kita sebagai penulis jemputan disitu.

Membina reputasi dan penjenamaan blog bukan satu perkara yang mudah. Menjadi penulis jemputan merupakan salah satu caranya. Selain dari backlink yang kita dapat dari blog tersebut, kita turut membina reputasi dan kredibiliti kita sendiri. Walau bagaimanapun, dalam menjadi penulis jemputan ini, beberapa perkara perlu dititik beratkan antaranya:

1. Elakkan Artikel yang Bersifat Plagiarism

Masalah plagiarism ini tidak pernah selesai walaupun pelbagai cara dilakukan. Ia melibatkan kredibiliti kita sebagai seorang penulis. Plagiat ini bukan hanya memberi kesan kepada empunya artikel tersebut, malah ia turut merencatkan perkembangan dunia penulisan di negara kita ini. Tulis artikel yang milik anda. Penulisan asli walaupun faktanya dirujuk dari sumber yang lain.

2. Sumbang Artikel Mengikut Niche Blog 

Tulis artikel yang berpadanan dengan niche blog yang kita akan menjadi penulis jemputan. Kalau blog tersebut bersifat blog peribadi maka niche blog ini tidak menjadi satu masalah.

3. Masukkan Imej yang Menarik.

Imej dalam penulisan dapat membantu menarik minat pembaca dan menceriakan artikel tersebut.Cuba bayangkan artikel yang panjang tanpa apa-apa gambar. Agak bosan bukan? Kadang-kadang imej juga dapat membantu menjelaskan apa yang ditulis dalam artikel tersebut.

Berikut sedikit sebanyak perkongsian aku yang mungkin dapat memberi sedikit gambaran untuk menjadi seorang penulis jemputan. Mungkin rakan-rakan ada tips yang lain mengenai penulis jemputan ini bolehlah memberi pandangan anda di ruangkan komen.

Kalau ingin jadi penulis jemputan di blog ini pun, sangat dialu-alukan. Boleh hubungi aku melalui Contact Me atau email kepada [email protected]