April 7, 2013

OLED TV Melengkung LG

Sememangnya tak terkejar dengan arus perubahan teknologi sekarang ini.  Di International CES tahun ini, LG telah memperkenalkan produk OLED TV mereka yang mempunyai ciri fizikal melengkung . Menurut timbalan presidennya, LG bakal menjual OLED TV yang melengkung pada pertengahan tahun 2013 ini. 

Mempunyai 5 darjah lengkungan pada panelnya, skrin ini membantu penglihatan peripheral penontonnya. Menggunakan teknologi WRGB, OLED TV melengkung, EA 9800 ini mempunyai skrin yang nipis yang mengunakan sistem 4 warna pixel untuk menghasilkan imej yang tajam dan cerah. 

Skrin 55 inci ini mampu mengekalkan kontras yang tinggi walaupun pada sudut paparan yang lebar.  Warna yang konsisten pula dihasilkan menggunakan algorithm HDR (High Dynamic Range). TV ini tidak mempunyai struktur belakang yang menyebabkan ia ringan dan nipis.