June 23, 2013

Melayu Boleh

Kalau dahulu, dunia hiburan kita agak suram dengan lawak-lawak yang segar dan suram juga dengan bakat-bakat baru. Sekarang ini, kita boleh lihat muka-muka baru dalam industri hiburan komedi dalam negara kita. Ini menunjukkan melayu boleh memajukan industri hiburan komedi atau lawak ini. Lawak-lawak baru ini semakin mendapat tempat dihati peminat yang terdiri daripada orang melayu khasnya dan rakyat Malaysia umumnya. 

Mentaliti  “Melayu Boleh” itu sendiri telah membawa kepada satu semangat yang menunjukkan bangsa Melayu ini boleh berjaya. Rancangan realiti tv seperti  Maharaja Lawak dan Bintang Mencari Bintang merupakan platform terbaik bagi mencungkil bakat anak-anak muda yang sebahagian besarnya berbangsa Melayu. Melayu boleh berjaya sekiranya mereka berusaha. Ini yang diterapkan dalam rancangan realiti tv seperti ini. Peserta – peserta harus bekerja keras dalam sesuatu tugasan yang diberikan untuk menghasilkan satu persembahan terbaik. Boleh dikatakan rancangan realiti tv yang ada mempunyai persamaan dari segi hasrat dan tujuan mereka. Cuma yang berbeza adalah pendekatan mereka. 

Jika dilihat, rancangan Maharaja Lawak sendiri telah melahirkan ramai anak Melayu yang sekarang ini berjaya dalam kerjaya masing-masing. Mereka berjaya membina nama dan reputasi yang seterusnya  menarik minat penerbit serta pengarah filem untuk menggunakan khidmat mereka. Ini menunjukkanmelayu boleh mencipta nama dalam industri hiburan komedi. Nama-nama seperti seperti Zizan, Johan, Kumpulan Sepah, Nabil, dan ramai lagi turut menghiasi filem-filem Melayu yang bergenre lawak komedi mahupun seram komedi. Menariknya juga apabila pelawak muda ini boleh bergandingan dengan pelawak lebih senior daripada mereka. 

Banyak lagi perkara dan contoh-contoh yang menunjukkan melayu boleh berjaya dalam bidang yang mereka ceburi. Kalau perniagaan dan usahawan kita ada, Tan Sri Syed Mohktar. Kalau angkasawan, kita ada Sheikh Muszaphar dan mantan perdana menteri, kita ada Tun Dr. Mahathir . Mereka semua ini meruapakan nama-nama besar yang telah mengharumkan nama negara dan bangsa Melayu. Melayu boleh menjadi ahli perniagaan berjaya, melayu boleh menawan angkasa dan melayu boleh menjadi pemimpin yang disegani dunia. Kini, Melayu boleh berbangga dengan kejayaan bangsa mereka tetapi harus diingat, kejayaan tanpa usaha adalah sia-sia.

Contest SEO Melayu Boleh 2013 dianjurkan oleh Beritakaki Online dan juga ditaja oleh EcaJomStadiAkma OmarAkuPenghiburCikLaliliAsyrofStudioBoni KacakMenulisMencontengFuh [dot] MyMedia SiberGempak [dot] orgGilerKentangNurMujahidahPondok Kecil & Pelik