August 23, 2019

Kegunaan dan Khasiat Pokok Putat

Pokok putat merupakan tumbuhan liar yang banyak khasiatnya dan kegunaannya. Mungkin masyarakat kini kurang mengetahui akan khasiat putat ini ekoran pokok putat ini kurang popular. Tetapi jika dilihat manfaatnya untuk kesihatan kita, sudah tentu ia akan menjadi pilihan dan harus dikomersilkan penggunaannya. Bermula daripada daun putat hinggalah kepada buahnya, ia mempunyai kegunaan dan khasiat tersendiri.

Nama saintifik bagi pokok putat ialah Barringtonia spp. Terdapat kira-kira 40 spesies pokok putat ini di Malaysia dan negara ASEAN yang lain. Tumbuhan ini kebiasaannya boleh didapati di kawasan  lembah, tepi sungai dan tanah lembap seperti paya. Pokok putat ini boleh mencapai ketinggian sehingga 28 meter. Bagi pokok yang kecil. Ketinggiannya sekitar 15 meter.

Jenis-jenis Putat

Daun putat. Gambar milik : btpnkedah.moe.edu.my

1. Putat Laut

2. Putat Kampung

3. Putat Darat

4. Putat Sungai

5. Putat Air

6. Putat Gajah

7. Putat Nasi

8. Putat Hutan

Kegunaan dan Khasiat :

Daun Putat

  • Pucuk putat boleh dijadikan ulam.
  • Pucuk putat ini juga boleh dibuat kerabu.
  • Boleh melancarkan darah.
  • Boleh dicampurkan dalam laksa utara. (menambah keenakan laksa tersebut)
  • Daun muda putat laut boleh mengubat sakit perut dengan meramas-ramaskannya di dalam air dan meminum airnya.
  • Daun yang segar dilayur dan diletakkan pada luka atau kulit yang berkudis bagi mempercepatkan proses penyembuhan.
  • Pucuk putat ini juga turut dimakan oleh rusa.
  • Daun putat ditumbuk bersama-sama beras dan disapu pada bahagian terkena cacar air akan mempercepatkan tempoh matang cacar air tersebut dan mencegah ia daripada merebak.
  • Daun putat juga boleh mencegah ketagihan dadah.

Buah Putat

  • Buah putat boleh dijadikan ulam dengan membuang kulitnya terlebih dahulu.
  • Buah ini juga digunakan untuk mencegah kegatalan kulit.
  • Buah putat yang muda boleh juga dibuat sambal.
  • Buah yang matang kurang sesuai digunakan dalam masakan kerana bersabut.
  • Bijih benih putat yang kering sangat berancun dan boleh  menyebabkan kematian.

Kayu pokok putat laut boleh digunakan membuat kanu dan kerja pembinaan.

Okey, ini sedikit sebanyak maklumat yang dapat dikumpulkan mengenai pokok putat dan khasiat daun dan buahnya. Ada sesiapa tanam pokok putat ni? atau ada tanam di kampung?