December 4, 2010

Kanser Payudara atau Breast cancer

Kanser Payudara atau Breast cancer

Kalau entri sebelum ini saya bawakan anda kepada kanser serviks,kali ini saya kembali dengan entri mengenai kanser payudara yang merupakan tertinggi di Malaysia. Walaupun saya lelaki, tidak salah sekiranya kita sama-sama menyokong serta memberi kesedaran kepada masyarakat tentang kanser ini. Kita sedia maklum bahawa lelaki juga turut boleh menghidap penyakit ini. Jadi,jangan memandang ringan hal ini. Mencegah lebih baik dari mengubati. Berbalik kepada topik kita, topik ini kita fokuskan kepada perempuan atau wanita. Saya tertarik dengan blog Kathy-Ellen Kups yang banyak menyampaikan info mengenai kanser ini. Kathy turut mengidap kanser ini pada tahun 2003 dan sembuh pada 2004.

Banyak faktor yang mengakibatkan kanser ini,tetapi di sini kita bincangkan salah satu faktornya sahaja iaitu

Cara hidup (lifestyle) seseorang wanita itu.

Walau bagaimanapun,kita tidak boleh menyalahkan cara hidup seseorang itu semata-mata kerana terdapat faktor lain seperti persekitaran dan genetik yang turut menjadi pencetus kepada kanser ini.Estrogen merupakan satu komponen dalam pembentukan kanser ini. Ia dapat dikawal melalui cara hidup kita.Selain pembentukan ovari, tisu lemak juga boleh menjadi sumber kepada hormon estrogen itu. Wanita yang post-menopause yang mengambil tamoxifen untuk mencegah menghalang pembentukan estrogen, masih boleh mempunyai estrogen sekiranya mereka gemuk(overweight). hal ini kerana semakin tinggi insulin dalam wanita yang obes diganggu oleh agen penekan hormon,maka ia membenarkan estrogen bergerak/beredar dengan lebih bebas.

Menurut USDA, adalah disarankan agar para wanita mengamalkan pemakanan(diet) yang rendah lemak dan tinggi dengan serat. Ini adalah cara untuk mencegah risiko mendapat penyakit ini bagi yang belum mengalaminya dan menghalang daripada kanser itu untuk datang kembali bagi wanita yang pernah menghadapinya.