August 23, 2019

Fakta Serta Alternatif Kepada Gula

Fakta Tentang Gula.

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Pada label makanan, gula boleh disenaraikan sebagai sukrosa (sucrose), fruktosa (fructose), sorbitol, manitol (mannitol), sirap jagung (corn syrup), madu (honey), malt, ekstrak malt (malt extract), maltosa (maltose), ekstrak beras (rice extract), molas (molasses) , golden syrup dan inverted sugar .

Bagaimana caranya untuk mengurangkan pengambilan kalori? Bagaimana cara mengawal kandungan gula dalam darah? Semuanya berkaitan dengan mengurangkan pengambilan makanan bergula dan minuman manis. Ramai yang tidak mengetahui bahawa punca sebenar kegemukan dan naik berat badan adalah gula . Pemanis tiruan seperti aspartame, saccharin dan sucralose adalah antara agen kegemukan. Aku juga pernah menghadiri satu talk oleh seorang pharmacist. Beliau turut mengeluarkan fakta perkaitan gula dengan kegemukan. Gula juga boleh menyebabkan ketagihan (ketagihan kepada gula).

Kenapa perlu diberi perhatian mengenai gula ini? Gula ini antara punca utama kepada penyakit diabetes @ kencing manis , kanser colon,kanser buah pinggang dan juga obesiti.

Alternatif Kepada Gula

Madu adalah salah satu alternatif kepada gula. Gula melaka juga merupakan alternatif kepada gula. Pokok stevia juga merupakan salah satu sumber baru di negara kita yang boleh mengantikan gula. Daun pokok ini menghasilkan rasa manis.

Madu agave juga merupakan salah satu alternatif kepada gula. Madu ini berasal daripada pokok kaktus agave biru. Agave ini mempunyai glycemic index(GI) yang rendah. Ia tidak akan meningkatkan kadar gula dalam darah secepat seperti gula tulen.

GI ini secara umumnya merujuk kepada berapa cepat sesuatu makanan meningkatkan kadar gula dalam darah berbanding gula biasa. Glukosa merupakan ukuran asas kepada GI iaitu 100. Makanan yang tinggi GI iaitu melebihi 70 ialah karbohidrat dan gula biasa termasuk sirap jagung. Makanan lain ialah nasi putih, roti putih dan pretzel (kaum kerabat donut).

Makanan rendah GI pula ialah yang mempunyai skor kurang daripada 55. Contohnya, seperti bijirin,kekacang,madu dan sayur-sayuran.

Semoga artikel ini sedikit sebanyak dapat menambah pengetahuan kita tentang gula dan alternatif gula yang ada.