July 18, 2013

Biografi Imam Al-Ghazali

1.Dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah.

2. Merupakan seorang ahli sufi yang bergelar “hujjatui Islam”.

3. Sumbangan yang besar dalam bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain.

4. Nama sebenar: Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali

5. Dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah.

6. Mempunyai keupayaan dan kebolehan luar biasa dengan menguasai pelbagai cabang ilmu sejak kecil lagi.

7. Semasa di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

8. Oleh kerana beliau merasakan beliau masih kekurangan ilmu, beliau telah meninggalkan jawatan mahaguru tersebut dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Mekah.

9. Beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya.

10. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil penulisannya telah dibakar oleh tentera Moghul yang menyerang kota Baghdad.

11. Antara kitab yang musnah:

  • 40 Jilid Tafsir,
  • Sirrul Alamin (Rahsia Dua Dunia)
  • Al Madhnuuna bihi ala Qhairiha (Ilmu Yang Harus Disembunyikan Dari Orang-orang Yang Bukan Ahlinya)

12. Hanya 84 buah buku tulisan beliau yang berjaya diselamatkan. Antaranya ialah:

  • Al Munqiz Mm al Dhalal (Penyelamat Kesesatan)
  • Tahafut al Falsafah (penghancuran Falsafah)
  • Mizanul Amal (Timbangan Amal)
  • Miyarul Ilmu
  • Mahkun Nazar (Mengenai Ilmu Logik)
  • Maqsadil Falsafah (Tujuan Falsafah)

13. Beliau merupakan ilmuwan Islam yang pertama mendalami falsafah dan kemudian mengambil sikap mengkritiknya.

14. Menurut Al-Ghazali, falsafah boleh dibahagikan kepada enam ilmu pengetahuan iaitu matematik, logik, fizik, metafizik, politik dan etika. Bidang-bidang ini kadang kala selari dengan agama dan kadang kala sangat berlawanan dengan agama.

15. Tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan dengan Islam iaitu:

  • Qadimnya alam ini.
  • Tidak mengetahui Tuhan terhadap perkara dan peristiwa kecil
  • Pengingkaran terhadap kebangkitan jasad atau jasmani.

16. Imam Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam dan  penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyalakan  api keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran Islam.

17. Imam Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan Al-Quran sebagai sumber yang utama dan bukannya proses pemikiran dan akal semata-mata.

18. Pada Imam Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah Al-Quran itu sendiri.