November 18, 2010

10 Sebab Mengapa Perlu Berhenti Merokok

10 Sebab Mengapa Perlu Berhenti Merokok

Tabiat atau habit merokok ini memang popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Walaupun pelbagai iklan kesedaran di lancarkan namun keberkesanannya untuk mengajak masyarakat Malaysia supaya berhenti merokok masih rendah. Besar kemungkinan walaupun mereka sedar akan risiko atau akibat yang bakal mereka hadapi namun mereka sukar meninggalkan tabiat ini. Jika dilihat dari aspek ekonomi,sememangnya merokok membazirkan wang ringgit. Seolah-olah kita membakar wang kita sendiri. Bagi yang kaya,tidak menjadi masalah tetapi bagaimana pula bagi yang kais pagi makan pagi,kais petang makan petang?

Perokok sedia maklum bahawa kandungan rokok itu sendiri mempunyai racun. Namun akibat ketagihan, mereka tidak dapat meninggalkan tabiat merokok. Lebih membimbangkan, semakin ramai perokok wanita atau perempuan sekarang ini. Anak-anak gadis terutamanya dengan selambanya melakukan perbuatan ini tanpa segan silu didepan khalayak ramai. Apakah sebenarnya yang ingin ditonjolkan di situ? Adakah rasa bangga? atau menunjukkan mereka “otai”? Tidakkah mereka sedar akan kesan daripada merokok tersebut?

10 sebab mengapa seorang perokok itu harus berhenti merokok..

1) risiko mendapat penyakit Alzheimer

2) risiko mendapat  COPD dan kanser paru-paru

3) risiko mendapat kanser mulut

4) lupus-sistemik lupus eritematasus 

5) sindrom bayi mati mengejut(SIDS)

6) bayi alami masalah sakit perut (bagi perokok wanita)

7) risiko mati pucuk

8) hilang penglihatan

9) artritis reumatoid

10) berdengkur

kanser paru=paru