August 23, 2019

Neurotoksin

Semalam aku ada post mengenai ular paling berbisa di dunia. Antara kandungan post itu adalah mengenai bisa ular ini yang bersifat neurotoksin. Mungkin ada yang dah tahu dan mungkin ada yang belum dan mungkin ada yang dah Google. Dalam bahasa mudah, neurotoksin ialah sejenis racun yang menyerang sistem saraf. Racun jenis ini melumpuhkan sistem pernafasan dan merosakkan otak dan menyebabkan kematian.

Manakala, hemotoksin pula ialah sejenis racun yang menyerang sistem kitaran darah dalam badan, terdapat pula enzim pemecah protein (proteolytic). Akibatnya sel-sel darah akan rosak dan penggumpalan darah akan terjadi.

Neurotoksin bukan sahaja terdapat dalam bisa binatang, tetapi terdapat juga dalam persekitaran industri (seperti pengunaan plumbum), penambah perisa makanan dan barangan rumah (seperti racun serangga, bahan kimia industri dan bahan pencuci).  Terdedah kepada neurotoksin ni akan menyebabkan rasa penat, mual, hilang kawalan motor, lumpuh, kabur penglihatan dan strok. Dalam kes yang ekstrem boleh berlaku koma dan kematian.

Neurotoksin ini juga terdapat juga dalam penambah perisa makanan seperti monosodium glutamate (MSG) dan maltodextrin. MSG dilabelkan sebagai excitotoksin kerana ia menyebabkan sel otak terangsang tanpa kawalan dan seterusnya menyebabkan kematian sel. Jadi, kurangkanlah ambil makanan yang ada MSG tu.