August 23, 2019

Minuman Berkarbonat Merosakkan Gigi

Kita sedia maklum bahawa minuman berkarbonat ini banyak keburukannya. Pada umunya masyarakat hanya sedar bahawa minuman berkarbonat ini mempunyai kandungan gulayang amat tinggi. Memang benar. Namun, salah satu lagi sifat minuman berkarbonat ini berasid dan menghakis enamel gigi. Pengambilan yang banyak dan kerap boleh merosakkan gigi sama seperti penagih dadah (penagih methamphetamine dan kokain).

Berdasarkan kajian oleh Dr. Mohamed Bassiouny dalam the Journal General Density, methamphatamine, kokain dan minuman berkarbonat sama ada manis atau tidak , semuanya adalah sangat berasid dan boleh menyebabkan masalah gigi. Asid ini terdiri daripada asid nitrik dan asid fosforik. Tanpa penjagaan gigi yang baik dan pendedahan berterusan boleh menyebabkan hakisan dan  kerosakan oral.

Berdasarkan kajian terhadap produk minuman seperti Coke,  Pepsi, & 7 Up dan minuman jenis diet produk ini, didapati Coke mempunyai nilai pH paling tinggi iaitu pH 2.525. ( nilai pH dalam lingkungan 0 hingga 14, 0 ialah paling berasid dan 14 paling beralkali, air bersih pula mempunyai nilai pH 7.)

Banyak sudah pelbagai fakta dan maklumat didedahkan dan disampaikan kepada kita semua tentang keburukan minuman berkarbonat ini. Nak buang terus dari kehidupan kita sememangnya susah. Jadi, kurangkanlah pengambilannya.

Blackrosehunter