August 23, 2019

Kegunaan dan Kesan Sampingan Pil Pelangsing (Ubat Kurus)

Pil pelangsing atau produk untuk kurus ni dijual sebagai ubat OTC (over the-counter) atau diperolehi sebagai ubat preskripsi. Kebanyakkan ubat pelangsing dikatakan berkesan tapi tanpa data saintifik. Jadi, jangan percaya 100 %.

Tips Untuk Ambil Produk OTC ini

1.    semak produk itu samaada berdaftar atau tidak di (www.bpfk.gov.my) 
2.    kalau anda mempunyai masalah kesihatan, jangan mengambil produk ini kerana ia mempunyai kesan sampingan. 
3.    baca label produk dengan berhati-hati dan jangan ambil lebih dari dos yang sepatutnya (overdose). 
4.    Sila pastikan dalam kenyataan produk tidak mengandungi ayat ini “menghalang lemak daripada diserap” atau “mempercepatkan metabolisma”. 
5.    Ephedra adalah herba yang dilarang penggunaanya kerana kesan yang tidak diingini. 
6.    Elakkan produk yang menjanjikan penurunan berat badan yang mendadak, mencadangkan tidak perlu tukar diet ataupun senaman dan tidak memberikan nasihat pemakanan. 

Terdapat 2 Jenis Ubat Preskripsi untuk merawat Obesiti:

Ubat Antiobesiti (AOM)
1.    Orlistat.
Digunakan secara kombinasi dengan diet. Untuk individu yang mengalamai masalah     berat badan dan berpenyakit kencing manis dan darah tinggi. Orlistat adalah perencat     enzim lipase dengan bertindak menghalang lemak daripada dihadam dan diserap. 

Kesan Sampingan
a.    Perubahan pergerakan usus.

2.    Sibutramine
Digunakan bersama diet kalori yang rendah dan senaman untuk membantu mengurangkan berat  badan. Sibutramine bertindak dengan mengawal selera makan dengan mengurangkan rasa lapar.

Kesan Sampingan
a.    Pening kepala
b.    Sembelit
c.    Pedih ulu hati
d.    Mulut kering
e.    Lemah badan
f.    Sakit belakang
g.    Cemas
h.    Perubahan selera makan
i.    Muka jadi merah
j.    Gejala Selsema
k.    Kesakitan semasa datang haid.

3.  Phentermine
Digunakan bersama diet dan senaman. Bertindak dengan mengurangkan selera makan dan rasa lapar.

 Kesan Sampingan
a.    Mulut kering
b.    Rasa tidak menyenangkan 
c.    Sembelit dan muntah