August 23, 2019

Kebaikan dan Khasiat Susu Ibu

Sempena hari Ibu ni aku nak menulis sikit mengenai ibu-ibu ni. Bagi yang baru menjadi ibu, pengalaman mendapat bayi pertama merupakan pengalaman baru. Bayi digalakkan diberi susu ibu sehingga berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga berumur 2 tahun. (Bayangkan 2 tahun ibu kita memberi kita susu).

Khasiat Susu Ibu Untuk Bayi

1)  Susu ibu membekalkan nutrien terbaik untuk bayi.
2)  Keperluan nutrien dalam susu ibu berubah mengikut keeprluan bayi yang sedang membesar.
3)  Kolestrum dalam susu ibu menguatkan sistem imuniti bayi. Ia melindungi bayi daripada jangkitan seperti selsema,cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru.
4)  Susu ibu mencegah masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
5)  Susu  ibu juga mempunyai nutrien untuk perkembangan otak bayi.
6)  Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa.

Khasiat Untuk Ibu

1) Membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz asal dengan cepat.
2) Membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal dengan cepat.
3) Mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
4) Menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu sepenuhnya.

Besar jasa ibu kepada kita semua. Hargailah dan berjasalah kepada mereka semasa mereka masih ada di dunia ini.

Mungkin banyak lagi khasiat dan kebaikan susu ibu ini, kalau ada rakan-rakan yang mengetahuinya adalah molek dikongsikan bersama disini.. 🙂

Blackrosehunter