October 10, 2014

10 Pemenang Hadiah Nobel 2014

1. Isamu Akasaki (Kategori Fizik)

isamu akasaki

2. Hiroshi Amano (Kategori Fizik)

hiroshi amano

3. Shuji Nakamura (Kategori Fizik)

shuji nakamura

Ketiga-tiga pemenang ini dianugerahkan Hadiah Nobel (Fizik) 2014 hasil sumbangan mereka dalam menghasilkan sumber cahaya yang cekap tenaga dan mesra alam, yang membawa kepada penghasilan LED biru. Kejayaan menghasilkan LED biru ini membolehkan penghasilan cahaya putih. Kini, lampu LED putih mampu meningkatkan kualiti hidup 1.5 bilion penduduk di dunia ini yang kurang mendapat akses kepada grid elektrik.

4. Eric Betzig (Kategori Kimia)

eric

5. Stefan W. Hell (Kategori Kimia)

stefan

6. William E. Moerner (Kategori Kimia)

william

Ketiga-tiga pemenang dihadiahkan Hadiah Nobel (Kimia) 2014 hasil daripada usaha mereka dalam membangunkan mikroskop berkuasa tinggi. Mikroskop ini membolehkan saintis untuk melihat bagaimana penyakit membesar atau berkembang dalam sel yang paling kecil.

7. John O’Keefe (Kategori Perubatan)

john

8. May-Britt Moser (Kategori Perubatan)

may

9. Edvard I. Moser (Kategori Perubatan)

edvard

Ketiga-tiga tokoh yang memenangi Hadiah Nobel (Fisiologi atau Perubatan 2014). Dianugerahkan hadiah Nobel ini hasil daripada penemuan mereka dalam bidang perubatan. Ketiga-tiga saintis ini menemui sel yang membentuk sistem lokasi dalam otak manusia. Sel ini bertindak seperti GPS (Global Positioning System) dalaman yang membolehkan otak bernavigasi.

10. Jean Tirole (kategori Sains Ekonomi)

jean tirole

Jean Tirole, 61 memenangi hadiah The Sveriges Riksbank in Economic Sciences in Memory of Alfred Nobel 2014 hasil sumbangan beliau dalam analisis kuasa pasaran dan peraturan. jean Tirole merupakan pakar ekonomi Perancis yang sangat berpengaruh. Beliau telah menjelaskan bagaimana untuk memahami dan mengawal industri dengan beberapa syarikat yang kuat.

Blackrosehunter