August 23, 2013

Tips Memilih Web Hosting

Dalam dunia blogging ni,web hosting terbaik antara perkara utama yang menjadi perhatian terutamanya kepada pengguna wordpress self-hosting. Memilih web hosting terbaik sememangnya wajib atau perlu kerana masa depan blog kita terletak kepada hosting ini. Kalau kita silap membuat pilihan, kesannya akan kembali kepada kita. Kalau lihat sekarang ini, banyak syarikat penyedia web hosting ini di Malaysia. Selari dengan tumbuhnya blog-blog yang menggunakan hosting sendiri ini.

Kalau yang masih belum tahu web hosting ini apa, web hosting ini dengan kata mudahnya ialah rumah kepada blog kita. Di mana data-data blog kita disimpan. Jika hosting kita bermasalah, selalunya akan mengakibatkan blog kita tidak dapat diakses oleh pengguna atau pembaca. Selalunya masalah ini yang akan berlaku. Masalah lain juga boleh berlaku.

Beberapa tips memilih web hosting yang boleh dipraktikkan ialah :

1) Kemampuan diri – Maksudnya, kemampuan dari segi kewangan kita. Jangan pilih web hosting yang terlalu mahal dan terlalu murah. Kalau terlalu murah, selalunya servisnya juga murah (tidak memuaskan). Kalau kita seorang blogger biasa, tidak perlu web hosting yang diluar kemampuan kita. Banyak lagi penyedia hosting yang menyediakan hosting yang baik dengan harga yang berpatutan.

2)  Bandwidth (Monthly Transfer) – Bandwidth ini merujuk kepada berapa jumlah data yang web host kita benarkan blog kita hantar dalam masa sebulan. Setiap kali pelawat masuk ke blog kita, server akan menghantar sejumlah data untuk paparan dalam browser pelawat blog kita. Imej atau download menggunakan jumlah bandwidth yang agak besar.

Jadi, pilih web hosting yang menyediakan jumlah bandwidth yang besar.

3) Disk Space (Webspace) – Disk Space ini fungsinya sama dengan hard disk laptop atau komputer kita. Di mana, data blog kita disimpan. Bagi blog biasa, tidak perlu disk space yang terlalu besar. Pilih yang berpadanan dengan blog kita. Selalunya imej dan plugin yang banyak gunakan disk space kita. Tetapi tidaklah terlalu besar.

Pakej Web Hosting daripada Saleiz Webhosting

Ok, ini 3 faktor utama yang perlu dititik beratkan. Selalunya, penyedia web hosting juga akan membuat perbezaan yang ketara antara bandwidth dan disk space. Nasihat aku, pilihlah web hosting yang mempunyai bandwidth yang besar. Selalu sangat dah aku jumpa blog yang bandwidth melebihi limit dia. Apabila kita akses blog tersebut, akan keluar:

Bandwidth Limit Exceeded

Manakala untuk disk space pula, pilihlah web hosting yang mempunyai disk space 1 GB dan ke atas. Saiz ini sudah mencukupi untuk blogger biasa dan aktif. Walaupun blog itu menggunakan imej yang banyak, blogger itu sudah pasti akan cuba kurangkan saiz imej tersebut kerana ia penting untuk kelajuan blog tersebut.

Blog ini aku gunakan web hosting daripada Saleiz Webhosting. Belum ada masalah dan support juga cepat. Harga berpatutan dan aku sarankannya.

Blackrosehunter