May 23, 2013

Tips Mengekalkan Kedudukan Blog Dalam Google Search

Mendapat tempat pada muka pertama enjin carian Google atau Google Search merupakan salah satu impian blogger ataupun pemilik laman sesawang. Sebab utamanya adalah trafik organik yang akan diperolehi di samping kepuasan dalam blogging.

Mungkin tip-tip ini dapat membantu kita semua.

1. Kemaskini (Update) Blog atau Laman Sesawang Kita Sekerap Mungkin.

Ini perkara yang aku perhatikan ketika ini. Kalau blog yang tidak mempunyai hosting atau domain sendiri, bilangan post atau kandungan yang diindeks di Google memainkan peranan besar kepada trafik dan pagerank blog itu.

2. Backlink atau Incoming Link 

Gunakan backlink yang boleh dipercayai. Ini salah satu perkara yang diambil perhatian oleh Google dalam Panda Update.

3. Jangan Guna Terlalu Banyak Keyword.

Gunakan satu atau dua keyword pada awal dan akhir teks dalam post kita sudah mencukupi untuk mempengaruhi ranking kita. Utamakan keyword yang mempunyai kaitan dengan penulisan kita.

4. Jejaki Kualiti Laman Sesawang / Blog dimana Kita Mendapat Incoming Link.

Biasanya backlink juga boleh diperolehi melalui komen tetapi perlu diperhatikan kepada niche yang berkaitan dengan blog kita. Kualiti kandungan post tersebut turut memainkan peranan.

Perkara ini agak susah bagi kita yang mempunyai personal blog dan yang terdiri daripada pelbagai niche. Mungkin kualiti post itu dapat membantu. Ada cadangan?
5. Elakkan Blog Kita Selalu “down”.

Ini perlu diberi perhatian kepada pemilik blog dengan hosting dan domain sendiri. Kita akan kehilangan pembaca dan pengujung ke blog kita jika selalu “down”. Sebab itu ramai blogger memilih syarikat hosting yang menawarkan servis terbaik dan server yang mantap dan kurang bermasalah.

6. Iklan Tidak Memenuhi Semua Ruang dalam Blog

Ini untuk mengelakkan kita kehilangan pengunjung ke blog kita. Blog aku ni teruk tak dengan iklan?minta pendapat.

7. Elakkan Footer Blog Terlalu Banyak dengan Link.

Terlalu banyak link pada footer blog kurang baik. Pada pandangan aku sendiri, kalau link itu merujuk kepada link ke laman sesawang ke luar blog itu, ia turut mempengaruhi loading page dan serabut.
Ada bantahan?

8. Kualiti Lebih Baik dari Kuantiti.

Ini perkara yang semakin ditekankan oleh Google. Post atau kandungan yang berkualiti akan tahan lebih lama.

9. Kurangkan Kesalahan Tatabahasa.

10. Elakkan Membeli dan Menjual Links.

Ini juga merupakan faktor yang ditekankan oleh Google Panda sekarang. Membeli dan menjual links tidak disukai oleh google. Kalau nak kena Google penalti boleh cuba la kot.

11. Elakkan Serangan Malware.

Google Webmaster Tools boleh membantu mengenai sebarang ancaman kepada blog kita. Terutamnaya yang mempunyai hosting sendiri. Penggunaan plug-in perlu dipastikan selamat tanpa sebarang code yang tersembunyi.

Blog aku ni pun masih banyak yang perlu dibaiki dan dipertingkatkan. Semoga tips ini dapat membantu kita semua dalam memastikan kita sama-sama mendapat tempat dalam muka depan dan terus kekal dalam Google Search. kalau ada cadangan dan tips lain bolehlah dikongsikan diruangan komen. Komen anda dialu-alukan.

Blackrosehunter