May 23, 2013

Apakah Google Author Rank ?

Kalau kita ikut akan perkembangan dunia blogging dan media sosial, kita boleh lihat satu anjakan paradikma yang amat besar dalam alam maya ini. Semuanya dihujung jari. Tidak ketinggalan negara kita yang turut mengejar arus perubahan dunia yang serba canggih ini. Ok, mukadimah tak perlu panjang. 

Apakah Google Author Rank?

Google Author Rank merupakan sistem baru yang membantu menapis kandungan-kandungan tak berguna dan tidak relevan atau turut dikenali spam content yang mencemarkan alam maya ini. Ia bertujuan untuk menyediakan pengguna Google dengan hasil carian yang paling tepat dan berkaitan dengan apa yang dicari mereka. Ia juga bertujuan memcegah daripada kandungan yang tidak berguna muncul dalam hasil carian pengguna. 

Macam mana nak kenal spam content?

Senang saja, kalau nampak macam sampah, yer la tu..hehe..Spam content biasanya kandungan dalam sesebuah blog atau laman sesawang yang tiada kaitan dengan perkataan atau bahan yang dicari dan membawa kita kepada pautan-pautan yang juga spam ditambah dengan scam.

Jadi, bagaimana Author Rank ini berfungsi?

Author Rank ini ialah sistem yang mengenalpasti kualiti sesebuah kandungan berdasarkan kredibiliti atau reputasi penulisnya. Ia diperkenalkan dalam algorithm carian pada tahun 2011. (Maknanya aku dah tertinggal dua tahun kebelakang). Ini bermakna, nilai kualiti sesuatu penulisan itu bergantung kepada nilai atau kredibiliti seseorang penulis itu. Maka hipotesis awal yang boleh dibuat ialah, semakin tinggi kredibiliti penulis maka semakin tinggi hasil penulisannya ditempatkan dalam enjin carian dan trafik organik juga akan semakin tinggi.

Walau bagaimanapun, Author Rank bukanlah pengganti kepada Pagerank. Mereka adalah kembar lain ayah dan ibu. Author Rank membantu Google Pagerank dalam penilaian isi kandungan blog atau  laman sesawang dengan lebih baik.

Tambahan lagi, Author Rank ini turut menitik beratkan pemilikan kepada kandungan atau artikel tersebut. Lagi baru dan tulen artikel itu lagi bagus. Ia merupakan salah satu etika dalam penulisan. 

Macam mana nak setup Author Rank?

Rasanya, ramai yang dah buat. Kebanyakan rakan blogger mempunyai akaun Google+. Kalau yang belum ada boleh la buat baru. 

  • Lepas itu, pergi ke bahagian edit profil
  • Masukkan laman blog atau laman web anda pada “ Contributor  to”.
  • Ok. Selesai.

Okey, setakat di sini dahulu aku berkongsi. Kalau rasa bermanfaat untuk semua, Kongsi-kongsikanlah kepada rakan-rakan yang lain agar kita menjadi penulis yang lebih beretika dan mempunyai kredibiliti.

Blackrosehunter