April 23, 2013

Galaxy Note III Bakal Mempunyai Skrin OLED Plastik Pertama

Khabar angin mengatakan bahawa Samsung akan memperkenalkan Galaxy Note III dengan skrin OLED plastik di IFA 2013. Galaxy Note III itu sendiri akan dijual bermula pada suku keempat 2013.

Skrin telefon pintar ini akan menjadi lebih nipis jika dibandingkan dengan skrin kaca yang digunakan sekarang ini dan ia akan menjadikan telefon itu lebih ringan.

Galaxy Note III juga dikatakan bakal mempunyai skrin bersaiz 5.5 hingga 6.x inci. Dengan inovasi ini, tiada lagi skrin pecah.

Blackrosehunter